TUGASAN 1 SYW501: PENGURUSAN INSTITUSI PEMBANGUNAN ISLAM
Nama: Nurul Ashikin Md Nor
No matrik: P-ISM0066/15
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN ILMU
Pendahuluan
Pengurusan ilmu dikenalpasti sebagai salah
satu sumber yang penting bagi sesuatu organisasi atau institusi berkembang
maju. Pengurusan ilmu juga dikenali dengan istilah pengurusan pengetahuan dan
pengurusan maklumat.
Definisi pengurusan ialah tindakan yang
memerlukan kerjasama sekumpulan manusia bersama-sama demi mencapai sesuatu
matlamat. Dalam sesebuah organisasi, pengurusan ditakrifkan sebagai satu sistem
yang direka untuk memudahkan manusia bertindak mengikut keperluan mereka.
Fungsi pengurusan termasuklah, merancang, menyusun, mengarah atau mengetuai dan
mengawal sesuatu organisasi atau sekumpulan manusia bagi mencapai sesuatu
matlamat (Boundless Business Textbook, 2015).
Definisi ilmu ialah kebenaran, maklumat dan
peraturan-peraturan yang diperlukan dalam setiap diri manusia. Ilmu juga
didefinisikan sebagai mengingati perkara yang dipelajari, hal ini mungkin
membabitkan proses mengingati maklumat-maklumat dan di hubungkaitkan dengan
maklumat yang lain di dalam akal fikiran.
Erti istilah pengurusan ilmu adalah
pelbagai, salah satu pengertian yang boleh diguna pakai ialah pengurusan ilmu merupakan
satu set pengurusan yang lengkap dan teratur keatas proses mendapatkan ilmu,
memberi ilmu dan proses mempraktikkan ilmu.
Dalam ajaran agama Islam juga mengajar
bertapa pentingnya menguruskan ilmu. Islam menuntut umatnya untuk mempelajari
ilmu, menyebarkan ilmu dan mempraktikkan ilmu yang dimiliki. Ilmu penting dalam
hidup manusia, dengan ilmu seseorang itu diangkat darjatnya di sisi Allah
Ta’ala. Ilmu yang benar di sisi Allah Ta’ala ialah ilmu yang dapat mendekatkan
diri dengan Allah Ta’ala, bukan sebaliknya. Menuntut ilmu merupakan kewajipan
keatas semua umat manusia, tak kira pada bila-bila masa dan di mana-mana.
Pengurusan ilmu dalam institusi
Penggunaan istilah pengurusan ilmu dalam
institusi adalah bermula seawal tahun 1970-an. Hal ini berikutan kesedaran
kepada kepentingan ilmu dalam memainkan peranannya meningkatkan produktiviti
dalam sesebuah organisasi dan institusi. Pengurusan ilmu dalam institusi perlu
dalam meningkatkan inovasi dan produktiviti sesebuah institusi tersebut, mengurangkan
rasa bosan terhadap pekerjaan kerana setiap hari dapat mempelajari ilmu yang
baru dan mengerakkan mobiliti sesebuah institusi ke arah yang lebih maju.
Pengurusan ilmu termasuklah proses mengenalpasti
ilmu, memperoleh ilmu, berkongsi ilmu dan mengekalkan ilmu dalam setiap
organisasi dalam institusi. Pengurus sesebuah organisasi dan institusi wajib
menyediakan suasana yang mesra ilmu, dimana semua pihak dalam institusi diberi
hak mendapat dan berkongsi ilmu.
Kesimpulan
Hasil dari kesedaran bertapa pentingnya
ilmu, pengurusan ilmu menjadi entiti penting dalam sesebuah institusi.
Kebanyakan institusi kini menitikberatkan kepentingan pengurusan ilmu yang
berkualiti bagi meningkatkan kualiti sesebuah organisasi dan institusi.
Bibliografi
Boundless Business Textbook. (2015). “Definition of Management”. Diakses
pada 11 Mac 2016 dari: https://www.boundless.com/business/textbooks/boundless-business-textbook/management-8/an-introduction-to-management-59/definition-of-management-283-7212/
Filemon A. Uriarte, Jr. (2008). Introduction to knowledge management.
ASEAN Foundation. Jakarta: Indonesia.
Norsyahiza Hamzah. (t.t.). Pengurusan ilmu. Diskusi 8 pagi. Diakses pada
10 mac 2016, dari: http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/1775/1/Pengurusan%
20ilmu.pdf
Zakaria Abd Hadi. (2005). Pembentukan
organisasi berasaskan pengetahuan (knowledge-based organisation) - Satu
transformasi perkhidmatan awam. Jurnal Pengurusan Awam, 4(1). Diakses
pada 11 Mac 2016 dari: http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/24191/Article__7.PDF