Monday 23 May 2016

TUGASAN SYW501: PENGURUSAN INSTITUSI PEMBANGUNAN ISLAM

TUGASAN 3 SYW501: PENGURUSAN INSTITUSI PEMBANGUNAN ISLAM
Nama: Nurul Ashikin Md Nor
No matrik: P-ISM0066/15

GAYA PENGURUSAN ILMU BERTERASKAN ISLAM

PENDAHULUAN

Ilmu memainkan peranan dalam perkembangan manusia. Kepentingan ilmu dapat dilihat dalam penurunan wahyu pertama Allah kepada hambanya adalah berkaitan ilmu. Pengurusan ilmu yang cara yang bijaksana penting bagi memastikan kelangsungan sesuatu ilmu tersebut. Esei ini akan membincangkan tentang gaya pengurusan ilmu berteraskan Islam menurut gaya pengurusan Rasulullah SAW.

PENGURUSAN ILMU BERTERASKAN ISLAM MENURUT GAYA PENGURUSAN RASULULLAH SAW

Dalam dunia Islam, Rasulullah SAW merupakan contoh dari segala aspek kehidupan, termasuklah gaya pengurusan baginda. Dalam dunia pengurusan ilmu, Rasulullah SAW adalah pendidik pertama dan terutama, hasilnya baginda berjaya melahirkan para khalifah atau pemimpin yang hebat dalam aspek pimpinan negara.

Gaya pengurusan ilmu Rasulullah SAW berbentuk perlahan-lahan, tidak secara drastik. Buktinya, Rasulullah SAW berjaya menghapuskan pemikiran jahiliyah dalam pemikiran masyarakat di Mekah dalam tempoh masa 4 tahun. Dalam tempoh masa tersebut, baginda Rasulullah SAW mula mengubah pegangan hidup masyarakat Mekah daripada jahiliyah kepada pegangan Islam.

Bahan asas ilmu yang Rasulullah SAW terapkan dalam hidup masyarakat ialah kalam Allah (al-Quran), yang mana diturunkan terus daripada Allah kepada Rasulullah SAW. Al-quran adalah satu-satunya kitab yang tidak pernah diubah dan takkan diubah kerana Allah menjamin bahawa al-Quran akan dijaga kesahihannya.

“Bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun Dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding Dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan Yang sebanding dengannya, Walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri”
(surah Al-Isra’ 17:88)

Rasulullah SAW sebagai pendidik yang bersifat siddiq (berkata benar), amanah (boleh dipercayai), tabligh (menyampaikan) dan fathanah (cerdas). Institusi masjid dijadikan sebagai pusat pengurusan ilmu dan penyampaian ilmu.Tujuan penyampaian ilmu adalah untuk meningkatkan kerohanian dan kualiti hidup masyarakat. Pengurusan ilmu menurut gaya Rasulullah SAW bukan sahaja mempelajari ilmu secara teori malah wajib diamalkan dan dilaksanakan dalam kehidupan. Kesimpulannya, matlamat utama pengurusan ilmu berteraskan Islam gaya Rasulullah SAW ialah mengembangkan dakwah Islamiyah.

KESIMPULAN
Rasulullah SAW adalah contoh yang sempurna dalam pengurusan ilmu. Buktinya ramai khalifah, pemimpin dan cendikiawan yang hebat hasil didikan Rasulullah SAW. Gaya pengurusan ilmu yang baik akan melahirkan manusia yang baik.

BIBLIOGRAFI

Abdul Ghafar Don & Jaffary Awang. (2009). Knowledge management and its impact on Islamic Da’wah: A historical perspective. Jurnal of Islamic and Arabic Education. 1(2).

Nik Siti Khadijah Nik Salleh. (2015). Pengurusan gaya motivasi Rasulullah dalam pendakwah masa kini. Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah. Diakses dari: http://www.ukm.my/skim pada 22 Mei 2016.

Kamarul Azmi Jasmi & Atiqah Selamat. (2013). Al-Quran satu mukjizat yang menakjubkan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Diakses dari: http://eprints.utm.my/41064/1/KamarulAzmiJasmi2013_AlQuranSatuMukjizatMenakjubkan.pdf pada 22 Mei 2016.